Isnin, 17 November 2014
Galeri Foto Hari Graduasi 2014
Sila layari LINK INI untuk melihat galeri foto sepanjang majlis hari graduasi prasekolah skpp berlangsung...
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPP 2014
18/11/2014 - Hari ini akan diadakan rehearsal hari anugerah kecemerlangan sk paya pulai 2014. Esok, 19/11/2014 hari jadinya yang sebenar.
Semua ibu bapa penjaga dijemput hadir bagi menyerikan dan memeriahkan lagi suasana majlis pada hari esok.
by:
Ahad, 16 November 2014
Jutaan Terima Kasih Buat JKR Temerloh
17/11/2014 - jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat JKR Temerloh yang telah sudi menyediakan 4 khemah berserta kipas untuk kejohanan sukan tahunan kali ke-30 sk paya pulai yang telah berlangsung pada 15/11/2014, hari sabtu yang lalu... acara menanggal dan mengemas dan menyimpan khemah pagi ini oleh staf JKR Temerloh... Terima kasih sekali lagi...
by :
Selasa, 11 November 2014
Isnin, 10 November 2014
Kejohanan Sepak Takraw Bawah 11 Peingkat Daerah Temerloh 2014
Pihak sekolah telah menghantar 2 regu ke kejohanan ini yang berlangsung pada 06/11/2014 Khamis yang lalu. Kedua-dua regu melepasi pertandingan liga peringkat kumpulan dan memasuki pusingan kalah singkir suku akhir. 1 regu menjadi johan kumpulan manakala satu regu lagi menyandang naib johan kumpulan. Regu A berjaya menyingkirkan satu regu dalam peringkat suku akhir (kalah singkir) sebelum tewas dan tersingkir pada perlawanan kedua. manakala regu B tewas pada perlawanan pertama dalam peringkat suku akhir ini. Foto-foto sepanjang kejohanan ini boleh dilihat melalui laman web di bawah
by
Ahad, 9 November 2014
SUKAN TAHUNAN 2014
10/11/2014 - Esok sehingga hari khamis akan bermula pertandingan sebelum hari sukan bagi beberapa acara padang seperti lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan beberapa lagi acara lain. Pada hari Jumaat akan diadakana acara menghias rumah sukan, memasang khemah dan beberapa aktiviti lain lagi... Hari Sabtu 15/11/2014 merupakan acara kemuncak kejohanan balapan dan padang SKPP 2014... Semua ibu bapa penjaga dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini...
by: @zmskpp
zmskpp
by: @zmskpp
zmskpp
Hari Graduasi Prasekolah
Hari Graduasi Prasekolah SK Paya Pulai telah diadakan pada 05/11/2014 di Dewan Ar-Rahman, SK Paya Pulai. Ramai ibu bapa yang turut hadir memeriahkan lagi suasana majlis pada hari ini yang diselangi dengan ucapan, persembahan, penyampaian sijil dan anugerah serta cabutan bertuah...
Rabu, 25 Jun 2014
Ahad, 15 Jun 2014
12 JUN 2014- Bertemu dengan JPN untuk dapatkan kantin baharu.Pihak JPN minta buat kertas kerja yang baru dan hantar secepat mungkin untuk diangkat ke Kementerian.Selepas itu ke pejabat pendaftaran pertubuhan untuk daftar alumni SKPP.Minta jasabaik Ex-SKPP untuk daftar diri supaya jadi ahli alumni dan mesyuarat agung dapat diadakan.Akhir sekali bertemu dengan Timbalan Pegawai Kewangan Dato' Hjh Romalah untuk dapatkan bantuan kewangan bagi membina gajah menyusur di hadapan SKPP.Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama baik kepada SKPP.- Bashah, Harudin,Taharuddin Dan Zaari.
Jumaat, 23 Mei 2014
Rabu, 21 Mei 2014
NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA DAN IKRAR GURU
NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA DAN IKRAR GURU OLEH GURU-GURU SK PAYA PULAI 2014
Selasa, 20 Mei 2014
Selasa, 13 Mei 2014
GOTONG ROYONG PERDANA (SARANA IBU BAPA)
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menceriakan prasarana Sekolah Kebangsaan Paya Pulai.Seramai 240 orang penjaga telah hadir dan bersama 62 orang guru SKPP.Semua kerja yang di atur telah dapat dibereskan.Terima kasih kepada semua.Gambar telah dimuat naikkan.
YDP- Taharuddin bin Sulaiman
Jumaat, 9 Mei 2014
SELAMAT HARI GURU
YDP PIBG dan semua AJK PIBG mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Paya Pulai sempena Hari Guru 2014 yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
TERIMA KASIH atas segala ilmu yang telah dicurahkan buat anak-anak kami di sini. Semoga segala jasa dan pengorbanan cikgu semua diberkati dan dirahmati ALLAH S.W.T.
Khamis, 8 Mei 2014
Gotong Royong Perdana 2014 Dan Penyerahan Buku Sarana Ibu Bapa
Ibu Bapa/Penjaga
Murid Sk Paya Pulai,
Tuan
Gotong
Royong Perdana 2014 Dan Penyerahan Buku Sarana Ibu Bapa
Adalah dengan segala hormatnya perkara
di atas dirujuk.
2.
Sehubungan dengan perkara di atas, pihak PIBG dengan kerjasama sekolah
akan mengadakan satu gotong royong di kawasan Sekolah Kebangsaan Paya pulai.
Semua ibu Bapa /Penjaga di jemput hadir bagi menjayakan gotong royong
tersebut.Gotong royong akan diadakan pada :
Tarikh
: 13 Mei 2014 (Selasa)
Masa
: 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Dan Persekitaran SKPP
3. Kepada ibu Bapa yang tidak hadir
atau tidak mempunyai wakil akan dikenakan penalti sebanyak RM15.00
4.
Pihak kami dengan ini sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih atas
segala keperihatinan tuan puan kepada sekolah kami.
Sekian,terima kasih.
“BERSAMA BERKHIDMAT”
Saya yang menjalankan
tugas,
………………………………….
(Taharudin Bin Sulaiman )
Yang Di Pertua PIBG,
Sk Paya Pulai.
S.k
: 1. Guru Besar Sk Paya Pulai
2. Fail
Khamis, 1 Mei 2014
ANALISA SARANA IBU BABA 2014 SK PAYA PULAI
INDIKATOR
Jumlah markah keseluruhan : 0 – 6 / Indikator : Asas
§ Penyediaan
elemen yang menyokong pembelajaran di peringkat asas/ minimum
§ Berbincanglah
dengan PIBG/LPS/Alumni/Ahli Majlis Permuafakatan sekolah anda serta ahli
komuniti untuk membentuk
Jumlah markah keseluruhan : 7 – 24 / Indikator : Sedang maju
§ Penyediaan
elemen yang menyokong pembelajaran pada peringkat sederhana
§ Pihak
sekolah boleh meningkatkan penglibatan menghubungi PIBG/LPS/Alumni/ Ahli Majlis
Permuafakatan sekolah serta ahli komuniti bagi mendapatkan kerjasama dan sokongan
dalam sekolah
Jumlah markah keseluruhan : 25 – 30 / Indikator : Cemerlang
§ Sekolah
anda telah menggunakan semua ruang dan peluang untuk menyediakan persekitaran
yang kondusif untuk pembelajaran
§ PIBG/LPS/Alumni/Ahli
Majlis Permuafakatan sekolah anda serta ahli komuniti dilibatkan sepenuhya
dalam mencemerlangkan murid
§ Sekolah
anda boleh menjadi contoh kepada sekolah lain dan PIBG/LPS/Alumni/Ahli Majlis
Permuafakatan sekolah anda serta ahli komuniti boleh menjadi mentor bagi
sekolah lain
HURAIAN
Jumlah keseluruhan responden ibu bapa/ penjaga yang terlibat
dalam analisis ini adalah seramai 150 orang.
1. Indikator
: 0 – 6
§ Tiada.
Tahap ASAS
2. Indikator
: 7 – 24
§ Seramai
124 responden berada di dalam kedudukan indikator SEDANG MAJU
3. Indikator
: 25 – 30
§ Manakala
seramai 26 responden berada di dalam kedudukan indikator CEMERLANG
Dari sudut pemerhatian
Secara keseluruhannya, analisa sarana ini menunjukkan seramai
124 responden gibu bapa berada pada tahap sedang
maju dan
seramai 26 responden ib bapa pada tahap cemerlang. Elemen
yang menyokong pembelajaran di sekolah terdiri daripada iklim sekolah,
komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama,
keputusan bersama dan kerjasama dengan komuniti diambilkira untuk menunjukkan
tahap sekolah.
Diharapkan semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk
memastikan kejayaan sekolah untuk melahirkan produk pelajar yang dapat memenuhi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terdiri daripada aspek jasmani, emosi
rohani dan intelek.
Selasa, 29 April 2014
VIDEO TERBITAN BERSAMA PIBG
Ini merupakan salah satu video yang diterbitkan dengan kerjasama pihak sekolah dengan PIBG sempena pertandingan antara sekolah-sekolah rintis program i-THINK yang diadakan di Kuala Terengganu.
Video ini dijayakan oleh 4 orang murid dan seorang guru sebagai pelakon utama. Proses rakaman dan suntingan (editing) dilakukan oleh Unit ICT SK Paya Pulai yang terdiri daripada Cg Zaari, Cg Mohd Nor Bashah, Cg Harudin dan En Hafiz. Proses rakaman diadakan di sekitar kawasan Pulau Tawar, Jerantut, Pekan Sehari, Temerloh serta sekitar Kuala Lumpur. Proses rakaman ini turut dibantu oleh YDP PIBG, En Taharuddin bin Sulaiman dan isteri serta Penghulu Mukim Pulau Tawar.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS KERJASAMA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN TERBABIT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM PENGHASILAN VIDEO INI.
AKTIVITI PIBG
AKTIVITI TAHUNAN PIBG - MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID PADA SETIAP HUJUNG PENGGAL PERSEKOLAHAN
TAHUN 2013
SARANA PIBG KEBANGSAAN
RINTIS e-SARANA
Bermula 10 April hingga 24 April 2014. bagi memberi peluang kepada sekolah yang belum mengisi data kehadiran:-
1.Hari Pendaftaran
2.Hari Penetapan Target
3.Soal Selidik Sarana Ibu Bapa dan
4.Soal Selidik Sarana Sekolah.
Mohon pihak tuan untuk hanya membuka pengisian data kehadiran ibu bapa ke dalam aktiviti:- 1.Hari Pendaftaran (Tingkatan 1, Peralihan, dan Tahun 1 sahaja) 2. Hari Penentapan Target ( untuk Tingkatan 5 dan Tahun 6 sahaja ) Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjalankan rintis sistem e-Sarana ke semua sekolah di negeri SELANGOR, JOHOR dan SABAH.
JADUAL PELUASAN E-SARANA
INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI TAHUN 2014 | ||||||
PENGISIAN DATA E-SARANA | ||||||
BIL | ZON | SR | SM | JUMLAH | TARIKH | CATATAN |
ZON RINTIS | ||||||
1 | SABAH | 1071 | 219 | 1290 | 8/4 -20/4/2014 |
Pengisian Data : 2 Aktiviti : Hari Pendaftaran dan Hari Penetapan Target serta Soal Selidik Sarana Ibu Bapa dan Soal Selidik Sarana Sekolah
|
2 | JOHOR | 903 | 271 | 1174 | ||
3 | SELANGOR | 653 | 275 | 928 | ||
3392 | ||||||
ZON A | ||||||
1 | KEDAH | 543 | 185 | 728 | 28/4 - 11/5/2014 |
Pengisian Data : 4 Aktiviti : Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pelaporan, Soal Selidik Sarana Ibu Bapa dan Soal Selidik Sarana Sekolah
|
2 | KELANTAN | 418 | 173 | 591 | ||
3 | NEGERI SEMBILAN | 348 | 121 | 469 | ||
4 | KUALA LUMPUR | 200 | 101 | 301 | ||
5 | PUTRAJAYA | 13 | 11 | 24 | ||
BIL SEKOLAH | 2113 | |||||
ZON B | ||||||
6 | PERAK | 852 | 245 | 1097 | 12/5 - 25/5/2014 |
Pengisian Data : 4 Aktiviti : Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pelaporan, Soal Selidik Sarana Ibu Bapa dan Soal Selidik Sarana Sekolah
|
7 | PAHANG | 537 | 194 | 731 | ||
8 | PERLIS | 74 | 29 | 103 | ||
9 | MELAKA | 236 | 77 | 313 | ||
10 | LABUAN | 17 | 10 | 27 | ||
BIL SEKOLAH | 2271 | |||||
ZON C | ||||||
11 | SARAWAK | 1265 | 186 | 1451 | 16/6 - 29/6/2014 |
Pengisian Data : 4 Aktiviti : Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pelaporan, Soal Selidik Sarana Ibu Bapa dan Soal Selidik Sarana Sekolah
|
12 | TERENGGANU | 351 | 143 | 494 | ||
13 | PULAU PINANG | 271 | 127 | 398 | ||
BIL SEKOLAH | 2343 | |||||
ZON D | ||||||
14 | SABAH | 1071 | 219 | 1290 | 30/6 - 13/7/2014 |
Negeri Rintis Pengisian Data : 2 Aktiviti : Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Pelaporan serta Soal Selidik Sarana Ibu Bapa dan Soal Selidik Sarana Sekolah
|
15 | JOHOR | 903 | 271 | 1174 | ||
16 | SELANGOR | 653 | 275 | 928 | ||
BIL SEKOLAH | 3392 | |||||
Jumlah Sekolah Rintis : | 3392 | |||||
Jumlah Keseluruhan Sekolah : | 10119 |
Langgan:
Catatan (Atom)