Jumaat, 23 Mei 2014
Rabu, 21 Mei 2014
NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA DAN IKRAR GURU
NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA DAN IKRAR GURU OLEH GURU-GURU SK PAYA PULAI 2014
Selasa, 20 Mei 2014
Selasa, 13 Mei 2014
GOTONG ROYONG PERDANA (SARANA IBU BAPA)
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menceriakan prasarana Sekolah Kebangsaan Paya Pulai.Seramai 240 orang penjaga telah hadir dan bersama 62 orang guru SKPP.Semua kerja yang di atur telah dapat dibereskan.Terima kasih kepada semua.Gambar telah dimuat naikkan.
YDP- Taharuddin bin Sulaiman
Jumaat, 9 Mei 2014
SELAMAT HARI GURU
YDP PIBG dan semua AJK PIBG mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Paya Pulai sempena Hari Guru 2014 yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
TERIMA KASIH atas segala ilmu yang telah dicurahkan buat anak-anak kami di sini. Semoga segala jasa dan pengorbanan cikgu semua diberkati dan dirahmati ALLAH S.W.T.
Khamis, 8 Mei 2014
Gotong Royong Perdana 2014 Dan Penyerahan Buku Sarana Ibu Bapa
Ibu Bapa/Penjaga
Murid Sk Paya Pulai,
Tuan
Gotong
Royong Perdana 2014 Dan Penyerahan Buku Sarana Ibu Bapa
Adalah dengan segala hormatnya perkara
di atas dirujuk.
2.
Sehubungan dengan perkara di atas, pihak PIBG dengan kerjasama sekolah
akan mengadakan satu gotong royong di kawasan Sekolah Kebangsaan Paya pulai.
Semua ibu Bapa /Penjaga di jemput hadir bagi menjayakan gotong royong
tersebut.Gotong royong akan diadakan pada :
Tarikh
: 13 Mei 2014 (Selasa)
Masa
: 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Dan Persekitaran SKPP
3. Kepada ibu Bapa yang tidak hadir
atau tidak mempunyai wakil akan dikenakan penalti sebanyak RM15.00
4.
Pihak kami dengan ini sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih atas
segala keperihatinan tuan puan kepada sekolah kami.
Sekian,terima kasih.
“BERSAMA BERKHIDMAT”
Saya yang menjalankan
tugas,
………………………………….
(Taharudin Bin Sulaiman )
Yang Di Pertua PIBG,
Sk Paya Pulai.
S.k
: 1. Guru Besar Sk Paya Pulai
2. Fail
Khamis, 1 Mei 2014
ANALISA SARANA IBU BABA 2014 SK PAYA PULAI
INDIKATOR
Jumlah markah keseluruhan : 0 – 6 / Indikator : Asas
§ Penyediaan
elemen yang menyokong pembelajaran di peringkat asas/ minimum
§ Berbincanglah
dengan PIBG/LPS/Alumni/Ahli Majlis Permuafakatan sekolah anda serta ahli
komuniti untuk membentuk
Jumlah markah keseluruhan : 7 – 24 / Indikator : Sedang maju
§ Penyediaan
elemen yang menyokong pembelajaran pada peringkat sederhana
§ Pihak
sekolah boleh meningkatkan penglibatan menghubungi PIBG/LPS/Alumni/ Ahli Majlis
Permuafakatan sekolah serta ahli komuniti bagi mendapatkan kerjasama dan sokongan
dalam sekolah
Jumlah markah keseluruhan : 25 – 30 / Indikator : Cemerlang
§ Sekolah
anda telah menggunakan semua ruang dan peluang untuk menyediakan persekitaran
yang kondusif untuk pembelajaran
§ PIBG/LPS/Alumni/Ahli
Majlis Permuafakatan sekolah anda serta ahli komuniti dilibatkan sepenuhya
dalam mencemerlangkan murid
§ Sekolah
anda boleh menjadi contoh kepada sekolah lain dan PIBG/LPS/Alumni/Ahli Majlis
Permuafakatan sekolah anda serta ahli komuniti boleh menjadi mentor bagi
sekolah lain
HURAIAN
Jumlah keseluruhan responden ibu bapa/ penjaga yang terlibat
dalam analisis ini adalah seramai 150 orang.
1. Indikator
: 0 – 6
§ Tiada.
Tahap ASAS
2. Indikator
: 7 – 24
§ Seramai
124 responden berada di dalam kedudukan indikator SEDANG MAJU
3. Indikator
: 25 – 30
§ Manakala
seramai 26 responden berada di dalam kedudukan indikator CEMERLANG
Dari sudut pemerhatian
Secara keseluruhannya, analisa sarana ini menunjukkan seramai
124 responden gibu bapa berada pada tahap sedang
maju dan
seramai 26 responden ib bapa pada tahap cemerlang. Elemen
yang menyokong pembelajaran di sekolah terdiri daripada iklim sekolah,
komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama,
keputusan bersama dan kerjasama dengan komuniti diambilkira untuk menunjukkan
tahap sekolah.
Diharapkan semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk
memastikan kejayaan sekolah untuk melahirkan produk pelajar yang dapat memenuhi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terdiri daripada aspek jasmani, emosi
rohani dan intelek.
Langgan:
Catatan (Atom)