Isnin, 17 November 2014

Galeri Foto Hari Graduasi 2014

Sila layari LINK INI untuk melihat galeri foto sepanjang majlis hari graduasi prasekolah skpp berlangsung...

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPP 2014

18/11/2014 - Hari ini akan diadakan rehearsal hari anugerah kecemerlangan sk paya pulai 2014. Esok, 19/11/2014 hari jadinya yang sebenar. 

Semua ibu bapa penjaga dijemput hadir bagi menyerikan dan memeriahkan lagi suasana majlis pada hari esok.


by:

Video Semua Sekali

 by:


Ahad, 16 November 2014

Jutaan Terima Kasih Buat JKR Temerloh

17/11/2014 - jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat JKR Temerloh yang telah sudi menyediakan 4 khemah berserta kipas untuk kejohanan sukan tahunan kali ke-30 sk paya pulai yang telah berlangsung pada 15/11/2014, hari sabtu yang lalu... acara menanggal dan mengemas dan menyimpan khemah pagi ini oleh staf JKR Temerloh... Terima kasih sekali lagi...

by :






























Isnin, 10 November 2014

Kejohanan Sepak Takraw Bawah 11 Peingkat Daerah Temerloh 2014

Pihak sekolah telah menghantar 2 regu ke kejohanan ini yang berlangsung pada 06/11/2014 Khamis yang lalu. Kedua-dua regu melepasi pertandingan liga peringkat kumpulan dan memasuki pusingan kalah singkir suku akhir. 1 regu menjadi johan kumpulan manakala satu regu lagi menyandang naib johan kumpulan. Regu A berjaya menyingkirkan satu regu dalam peringkat suku akhir (kalah singkir) sebelum tewas dan tersingkir pada perlawanan kedua. manakala regu B tewas pada perlawanan pertama dalam peringkat suku akhir ini. Foto-foto sepanjang kejohanan ini boleh dilihat melalui laman web di bawah


by

Ahad, 9 November 2014

SUKAN TAHUNAN 2014

10/11/2014 - Esok  sehingga hari khamis akan bermula pertandingan sebelum hari sukan bagi beberapa acara padang seperti lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan beberapa lagi acara lain. Pada hari Jumaat akan diadakana acara menghias rumah sukan, memasang khemah dan beberapa aktiviti lain lagi... Hari Sabtu 15/11/2014 merupakan acara kemuncak kejohanan balapan dan padang SKPP 2014... Semua ibu bapa penjaga dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini...

by: @zmskpp
zmskpp