Isnin, 17 November 2014

Galeri Foto Hari Graduasi 2014

Sila layari LINK INI untuk melihat galeri foto sepanjang majlis hari graduasi prasekolah skpp berlangsung...

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPP 2014

18/11/2014 - Hari ini akan diadakan rehearsal hari anugerah kecemerlangan sk paya pulai 2014. Esok, 19/11/2014 hari jadinya yang sebenar. 

Semua ibu bapa penjaga dijemput hadir bagi menyerikan dan memeriahkan lagi suasana majlis pada hari esok.


by:

Video Semua Sekali

 by:


Ahad, 16 November 2014

Jutaan Terima Kasih Buat JKR Temerloh

17/11/2014 - jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat JKR Temerloh yang telah sudi menyediakan 4 khemah berserta kipas untuk kejohanan sukan tahunan kali ke-30 sk paya pulai yang telah berlangsung pada 15/11/2014, hari sabtu yang lalu... acara menanggal dan mengemas dan menyimpan khemah pagi ini oleh staf JKR Temerloh... Terima kasih sekali lagi...

by :






























Isnin, 10 November 2014

Kejohanan Sepak Takraw Bawah 11 Peingkat Daerah Temerloh 2014

Pihak sekolah telah menghantar 2 regu ke kejohanan ini yang berlangsung pada 06/11/2014 Khamis yang lalu. Kedua-dua regu melepasi pertandingan liga peringkat kumpulan dan memasuki pusingan kalah singkir suku akhir. 1 regu menjadi johan kumpulan manakala satu regu lagi menyandang naib johan kumpulan. Regu A berjaya menyingkirkan satu regu dalam peringkat suku akhir (kalah singkir) sebelum tewas dan tersingkir pada perlawanan kedua. manakala regu B tewas pada perlawanan pertama dalam peringkat suku akhir ini. Foto-foto sepanjang kejohanan ini boleh dilihat melalui laman web di bawah


by

Ahad, 9 November 2014

SUKAN TAHUNAN 2014

10/11/2014 - Esok  sehingga hari khamis akan bermula pertandingan sebelum hari sukan bagi beberapa acara padang seperti lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan beberapa lagi acara lain. Pada hari Jumaat akan diadakana acara menghias rumah sukan, memasang khemah dan beberapa aktiviti lain lagi... Hari Sabtu 15/11/2014 merupakan acara kemuncak kejohanan balapan dan padang SKPP 2014... Semua ibu bapa penjaga dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini...

by: @zmskpp
zmskpp

Hari Graduasi Prasekolah

Hari Graduasi Prasekolah SK Paya Pulai telah diadakan pada 05/11/2014 di Dewan Ar-Rahman, SK Paya Pulai. Ramai ibu bapa yang turut hadir memeriahkan lagi suasana majlis pada hari ini yang diselangi dengan ucapan, persembahan, penyampaian sijil dan anugerah serta cabutan bertuah...


Rabu, 25 Jun 2014

24 Jun 2014,8.30 pagi. Taklimat PBS kepada AJK dan Ibu bapa di Dewan Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh.SKPP telah diwakili,oleh En. Taharuddin dan En. Kamaruddin.Terima kasih diucapkan .

Isnin, 16 Jun 2014

PENYUMBANG BESAR KEPADA AKTIVITI PIBG SKPP.TERIMA KASIH YB DATO' HJ MOHD SHARKAR

Ahad, 15 Jun 2014

12 JUN 2014- Bertemu dengan JPN untuk dapatkan kantin baharu.Pihak JPN minta buat kertas kerja yang baru dan hantar secepat mungkin untuk diangkat ke Kementerian.Selepas itu ke pejabat pendaftaran pertubuhan untuk daftar alumni SKPP.Minta jasabaik Ex-SKPP untuk daftar diri supaya jadi ahli alumni dan mesyuarat agung dapat diadakan.Akhir sekali bertemu dengan Timbalan Pegawai Kewangan Dato' Hjh Romalah untuk dapatkan bantuan kewangan bagi membina gajah menyusur di hadapan SKPP.Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama baik kepada SKPP.- Bashah, Harudin,Taharuddin Dan Zaari.

Selasa, 13 Mei 2014

GOTONG ROYONG PERDANA (SARANA IBU BAPA)

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menceriakan prasarana Sekolah Kebangsaan Paya Pulai.Seramai 240 orang penjaga telah hadir dan bersama 62 orang guru SKPP.Semua kerja yang di atur telah dapat dibereskan.Terima kasih kepada semua.Gambar telah dimuat naikkan.

YDP- Taharuddin bin Sulaiman

Jumaat, 9 Mei 2014

SELAMAT HARI GURU

YDP PIBG dan semua AJK PIBG mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Paya Pulai sempena Hari Guru 2014 yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

TERIMA KASIH atas segala ilmu yang telah dicurahkan buat anak-anak kami di sini. Semoga segala jasa dan pengorbanan cikgu semua diberkati dan dirahmati ALLAH S.W.T.


Khamis, 8 Mei 2014

Gotong Royong Perdana 2014 Dan Penyerahan Buku Sarana Ibu Bapa


Ibu Bapa/Penjaga
Murid Sk Paya Pulai,

Tuan

Gotong Royong Perdana 2014 Dan Penyerahan Buku Sarana Ibu Bapa

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.


2.     Sehubungan dengan perkara di atas, pihak PIBG dengan kerjasama sekolah akan mengadakan satu gotong royong di kawasan Sekolah Kebangsaan Paya pulai. Semua ibu Bapa /Penjaga di jemput hadir bagi menjayakan gotong royong tersebut.Gotong royong akan diadakan pada :


Tarikh   : 13 Mei 2014 (Selasa)
Masa    :  8.00 Pagi
Tempat : Dewan Dan Persekitaran SKPP

3. Kepada ibu Bapa yang tidak hadir atau tidak mempunyai wakil akan dikenakan penalti sebanyak RM15.00

4.     Pihak kami dengan ini sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih atas segala keperihatinan tuan puan kepada sekolah kami.

Sekian,terima kasih.


“BERSAMA BERKHIDMAT”
                                                   


Saya yang menjalankan tugas,



………………………………….
(Taharudin Bin Sulaiman        )
Yang Di Pertua PIBG,
Sk Paya Pulai.


S.k :    1. Guru Besar Sk Paya Pulai

            2. Fail

Khamis, 1 Mei 2014

ANALISA SARANA IBU BABA 2014 SK PAYA PULAI

INDIKATOR
Jumlah markah keseluruhan : 0 – 6  / Indikator :  Asas
§  Penyediaan elemen yang menyokong pembelajaran di peringkat asas/ minimum
§  Berbincanglah dengan PIBG/LPS/Alumni/Ahli Majlis Permuafakatan sekolah anda serta ahli komuniti untuk membentuk
Jumlah markah keseluruhan : 7 – 24 / Indikator : Sedang maju
§  Penyediaan elemen yang menyokong pembelajaran pada peringkat sederhana
§  Pihak sekolah boleh meningkatkan penglibatan menghubungi PIBG/LPS/Alumni/ Ahli Majlis Permuafakatan sekolah serta ahli komuniti bagi mendapatkan kerjasama dan sokongan dalam sekolah
Jumlah markah keseluruhan : 25 – 30 / Indikator : Cemerlang
§  Sekolah anda telah menggunakan semua ruang dan peluang untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran
§  PIBG/LPS/Alumni/Ahli Majlis Permuafakatan sekolah anda serta ahli komuniti dilibatkan sepenuhya dalam mencemerlangkan  murid
§  Sekolah anda boleh menjadi contoh kepada sekolah lain dan PIBG/LPS/Alumni/Ahli Majlis Permuafakatan sekolah anda serta ahli komuniti boleh menjadi mentor bagi sekolah lain 

HURAIAN
Jumlah keseluruhan responden ibu bapa/ penjaga yang terlibat dalam analisis ini adalah seramai 150 orang.
1.      Indikator  : 0 – 6
§  Tiada. Tahap  ASAS 
2.     Indikator  : 7 – 24
§  Seramai 124 responden berada di dalam kedudukan indikator SEDANG MAJU 
3.     Indikator : 25 – 30
§  Manakala seramai 26 responden berada di dalam kedudukan indikator CEMERLANG

Dari sudut pemerhatian

Secara keseluruhannya, analisa sarana ini menunjukkan seramai 124 responden gibu bapa berada pada tahap sedang maju dan seramai 26 responden ib bapa pada tahap cemerlang. Elemen yang menyokong pembelajaran di sekolah terdiri daripada iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama dan kerjasama dengan komuniti diambilkira untuk menunjukkan tahap sekolah.
Diharapkan semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk memastikan kejayaan sekolah untuk melahirkan produk pelajar yang dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terdiri daripada aspek jasmani, emosi rohani dan intelek. 


Selasa, 29 April 2014

PELAN CADANGAN PERLUASAN KANTIN YANG SEDANG DIUSAHAKAN OLEH PIBG BAGI MENAMPUNG PERTAMBAHAN PELAJAR DI SKPP

VIDEO TERBITAN BERSAMA PIBG

Ini merupakan salah satu video yang diterbitkan dengan kerjasama pihak sekolah dengan PIBG sempena pertandingan antara sekolah-sekolah rintis program i-THINK yang diadakan di Kuala Terengganu.


Video ini dijayakan oleh 4 orang murid dan seorang guru sebagai pelakon utama. Proses rakaman dan suntingan (editing) dilakukan oleh Unit ICT SK Paya Pulai yang terdiri daripada Cg Zaari, Cg Mohd Nor Bashah, Cg Harudin dan En Hafiz. Proses rakaman diadakan di sekitar kawasan Pulau Tawar, Jerantut, Pekan Sehari, Temerloh serta sekitar Kuala Lumpur. Proses rakaman ini turut dibantu oleh YDP PIBG, En Taharuddin bin Sulaiman dan isteri serta Penghulu Mukim Pulau Tawar.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS KERJASAMA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN TERBABIT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM PENGHASILAN VIDEO INI.

AKTIVITI PIBG

AKTIVITI TAHUNAN PIBG - MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID PADA SETIAP HUJUNG PENGGAL PERSEKOLAHAN

TAHUN 2013







SARANA PIBG KEBANGSAAN

RINTIS e-SARANA
Bermula 10 April hingga 24 April 2014.  bagi memberi peluang kepada sekolah yang belum mengisi data kehadiran:-
1.Hari Pendaftaran
2.Hari Penetapan Target
3.Soal Selidik Sarana Ibu Bapa dan
4.Soal Selidik Sarana Sekolah.

Mohon pihak tuan untuk hanya membuka pengisian data kehadiran ibu bapa ke dalam aktiviti:-
1.Hari Pendaftaran (Tingkatan 1, Peralihan, dan Tahun 1 sahaja)
2. Hari Penentapan Target ( untuk Tingkatan 5 dan Tahun 6 sahaja )
 
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjalankan rintis sistem e-Sarana ke semua sekolah di negeri SELANGOR, JOHOR dan SABAH.

JADUAL PELUASAN E-SARANA

INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI TAHUN 2014
PENGISIAN DATA E-SARANA
       
BILZONSRSMJUMLAHTARIKHCATATAN
 ZON RINTIS
1SABAH107121912908/4 -20/4/2014
Pengisian Data : 2 Aktiviti : Hari Pendaftaran dan Hari Penetapan Target serta Soal Selidik Sarana Ibu Bapa dan Soal Selidik Sarana Sekolah
2JOHOR9032711174
3SELANGOR653275928
    3392  
 ZON A
1KEDAH54318572828/4 - 11/5/2014
Pengisian Data : 4 Aktiviti : Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pelaporan, Soal Selidik Sarana Ibu Bapa dan Soal Selidik Sarana Sekolah
2KELANTAN418173591
3NEGERI SEMBILAN348121469
4KUALA LUMPUR200101301
5PUTRAJAYA131124
 BIL SEKOLAH2113  
 ZON B
6PERAK852245109712/5 - 25/5/2014
Pengisian Data : 4 Aktiviti : Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pelaporan, Soal Selidik Sarana Ibu Bapa dan Soal Selidik Sarana Sekolah
7PAHANG537194731
8PERLIS7429103
9MELAKA23677313
10LABUAN171027
 BIL SEKOLAH2271  
 ZON C
11SARAWAK1265186145116/6 - 29/6/2014
Pengisian Data : 4 Aktiviti : Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pelaporan, Soal Selidik Sarana Ibu Bapa dan Soal Selidik Sarana Sekolah
12TERENGGANU351143494
13PULAU PINANG271127398
 BIL SEKOLAH2343  
 ZON D
14SABAH1071219129030/6 - 13/7/2014
Negeri Rintis                                                      Pengisian Data : 2 Aktiviti : Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Pelaporan serta Soal Selidik Sarana Ibu Bapa dan Soal Selidik Sarana Sekolah
15JOHOR9032711174
16SELANGOR653275928
 BIL SEKOLAH3392  
       
 Jumlah Sekolah Rintis :  3392  
 Jumlah Keseluruhan Sekolah :  10119