Selasa, 13 Mei 2014

GOTONG ROYONG PERDANA (SARANA IBU BAPA)

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menceriakan prasarana Sekolah Kebangsaan Paya Pulai.Seramai 240 orang penjaga telah hadir dan bersama 62 orang guru SKPP.Semua kerja yang di atur telah dapat dibereskan.Terima kasih kepada semua.Gambar telah dimuat naikkan.

YDP- Taharuddin bin Sulaiman

Jumaat, 9 Mei 2014

SELAMAT HARI GURU

YDP PIBG dan semua AJK PIBG mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Paya Pulai sempena Hari Guru 2014 yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

TERIMA KASIH atas segala ilmu yang telah dicurahkan buat anak-anak kami di sini. Semoga segala jasa dan pengorbanan cikgu semua diberkati dan dirahmati ALLAH S.W.T.


Khamis, 8 Mei 2014

Gotong Royong Perdana 2014 Dan Penyerahan Buku Sarana Ibu Bapa


Ibu Bapa/Penjaga
Murid Sk Paya Pulai,

Tuan

Gotong Royong Perdana 2014 Dan Penyerahan Buku Sarana Ibu Bapa

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.


2.     Sehubungan dengan perkara di atas, pihak PIBG dengan kerjasama sekolah akan mengadakan satu gotong royong di kawasan Sekolah Kebangsaan Paya pulai. Semua ibu Bapa /Penjaga di jemput hadir bagi menjayakan gotong royong tersebut.Gotong royong akan diadakan pada :


Tarikh   : 13 Mei 2014 (Selasa)
Masa    :  8.00 Pagi
Tempat : Dewan Dan Persekitaran SKPP

3. Kepada ibu Bapa yang tidak hadir atau tidak mempunyai wakil akan dikenakan penalti sebanyak RM15.00

4.     Pihak kami dengan ini sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih atas segala keperihatinan tuan puan kepada sekolah kami.

Sekian,terima kasih.


“BERSAMA BERKHIDMAT”
                                                   


Saya yang menjalankan tugas,



………………………………….
(Taharudin Bin Sulaiman        )
Yang Di Pertua PIBG,
Sk Paya Pulai.


S.k :    1. Guru Besar Sk Paya Pulai

            2. Fail

Khamis, 1 Mei 2014

ANALISA SARANA IBU BABA 2014 SK PAYA PULAI

INDIKATOR
Jumlah markah keseluruhan : 0 – 6  / Indikator :  Asas
§  Penyediaan elemen yang menyokong pembelajaran di peringkat asas/ minimum
§  Berbincanglah dengan PIBG/LPS/Alumni/Ahli Majlis Permuafakatan sekolah anda serta ahli komuniti untuk membentuk
Jumlah markah keseluruhan : 7 – 24 / Indikator : Sedang maju
§  Penyediaan elemen yang menyokong pembelajaran pada peringkat sederhana
§  Pihak sekolah boleh meningkatkan penglibatan menghubungi PIBG/LPS/Alumni/ Ahli Majlis Permuafakatan sekolah serta ahli komuniti bagi mendapatkan kerjasama dan sokongan dalam sekolah
Jumlah markah keseluruhan : 25 – 30 / Indikator : Cemerlang
§  Sekolah anda telah menggunakan semua ruang dan peluang untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran
§  PIBG/LPS/Alumni/Ahli Majlis Permuafakatan sekolah anda serta ahli komuniti dilibatkan sepenuhya dalam mencemerlangkan  murid
§  Sekolah anda boleh menjadi contoh kepada sekolah lain dan PIBG/LPS/Alumni/Ahli Majlis Permuafakatan sekolah anda serta ahli komuniti boleh menjadi mentor bagi sekolah lain 

HURAIAN
Jumlah keseluruhan responden ibu bapa/ penjaga yang terlibat dalam analisis ini adalah seramai 150 orang.
1.      Indikator  : 0 – 6
§  Tiada. Tahap  ASAS 
2.     Indikator  : 7 – 24
§  Seramai 124 responden berada di dalam kedudukan indikator SEDANG MAJU 
3.     Indikator : 25 – 30
§  Manakala seramai 26 responden berada di dalam kedudukan indikator CEMERLANG

Dari sudut pemerhatian

Secara keseluruhannya, analisa sarana ini menunjukkan seramai 124 responden gibu bapa berada pada tahap sedang maju dan seramai 26 responden ib bapa pada tahap cemerlang. Elemen yang menyokong pembelajaran di sekolah terdiri daripada iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama dan kerjasama dengan komuniti diambilkira untuk menunjukkan tahap sekolah.
Diharapkan semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk memastikan kejayaan sekolah untuk melahirkan produk pelajar yang dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terdiri daripada aspek jasmani, emosi rohani dan intelek.