Selasa, 29 April 2014

VIDEO TERBITAN BERSAMA PIBG

Ini merupakan salah satu video yang diterbitkan dengan kerjasama pihak sekolah dengan PIBG sempena pertandingan antara sekolah-sekolah rintis program i-THINK yang diadakan di Kuala Terengganu.


Video ini dijayakan oleh 4 orang murid dan seorang guru sebagai pelakon utama. Proses rakaman dan suntingan (editing) dilakukan oleh Unit ICT SK Paya Pulai yang terdiri daripada Cg Zaari, Cg Mohd Nor Bashah, Cg Harudin dan En Hafiz. Proses rakaman diadakan di sekitar kawasan Pulau Tawar, Jerantut, Pekan Sehari, Temerloh serta sekitar Kuala Lumpur. Proses rakaman ini turut dibantu oleh YDP PIBG, En Taharuddin bin Sulaiman dan isteri serta Penghulu Mukim Pulau Tawar.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS KERJASAMA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN TERBABIT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM PENGHASILAN VIDEO INI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan